topbella

29 December 2013

Kecewa... sedih...

Saya kecewa dengan diri sendiri..
Saya tidak sempurna , seperti yang lain.
Saya juga tidak sempurna , di mata orang lain.
Saya tidak sempurna , untuk menjadi yang terbaik..
Saya juga kecewa , apabila saya tak mampu jadi diri sendiri.
Saya kecewa , apabila orang lain cuba memandang rendah terhadap diri saya.
Saya kecewa kerana....
saya tak mampu jadi yang sempurna ,
saya tak mampu memberikan pertolongan ,
saya tidak layak digelar sahabat ,
saya tidak layak untuk menasihati ,
dan... saya tidak layak untuk mendekati sahabat saya sendiri.
 Mengapa saya kata saya kecewa? Entah mengapa , saya berasa kecewa dengan diri sendiri kerana tidak mampu membuka mata sahabat(saudara sesama Islam) saya yang lain untuk berubah. Saya masih tidak cukup ilmu untuk menyampaikan seperti mana Rasulullah lakukan. Saya kecewa dengan diri saya kerana masih tidak mampu menguasai hati dan jiwa remaja zaman sekarang. Ya Rasulullah , sekarang aku mengerti betapa susahnya diri-Mu untuk menyampaikan dakwah. Kau masih tetap dengan pendirian-Mu dan tidak berputus asa sementara musuh-Mu terus-terusan memburu/memaki/mencaci/menghina Mu Ya Rasulullah. Aku sangat mengagumi sikap-Mu. Andai aku diberi pilihan , ingin sekali aku hidup pada zaman-Mu. Ingin sekali aku menjadi salah satu sahabat-Mu. Ingin sekali aku berjuang di setiap peperangan-Mu dan mati syahid bersama hamba-hamba-Mu yang lain. Terlampau banyak kata-kata dan gambar kejian/mencarut/lucah yang dipaparkan dalam laman sosial ini. Mataku terasa pedih melihat mahupun membaca. Adakah ini ujian untukku? Ya Allah , ringankanlah...
"You just need to believe that everything happens for a reason which Allah knows best"



Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.