topbella

02 January 2014

Semoga kamu bahagia , ucapkan "Barakallahulaka"

Assalamualaikum. Syukur kehadrat Ilahi kerana saya mempunyai idea untuk menulis pada hari ini. Saya telah mengunjungi blog "Blog Aku Islam". Tajuk dia sangat menarik perhatian saya. Kerana apa ya? kerana saya selalu melihat sahabat-sahabat saya yang lain kecewa dengan percintaan yang tidak berterusan , tidak berhasil dan tiada penghujungnya (Bernikah/berkahwin) 
Ada kalanya , ada orang yang dah lama bercinta ataupun sama-sama menyimpan perasaan kasih dan sayang akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan ianya gagal ke jinjang pelamin. Bagi menutup rasa kecewa , mungkin salah seorang daripadanya akan berkata "Apabila kamu bahagia , aku juga bahagia" tetapi.... benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati? ataupun sekadar hendak menyedapkan hati di pihak sana dan diri sendiri? Selalunya mulut membenarkan tetapi hati masih tidak dapat menerima. Dihadapan semua orang dia boleh tersenyum ceria seolah-olah cuba menyembunyi rasa perit dihati tapi di rumah? Dihujani air mata yang... yang tak ada nilainya lagi.
Apabila berhadapan dengan keadaan seperti ini , teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Cuba untuk menerima kenyataan. Pada awalnya memang susah belaka , tapi sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya. Kita juga berani berkata dengan tulus dan ikhlas dari hati "Apabila kamu bahagia , saya juga pasti akan bahagia , In Sha Allah"
semoga kamu bahagia , ucapkan "Barakallahulaka"
Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu kita menghadiri majlis perkahwinannya nanti. Tunjukkan jiwa besar kita dengan mengucapkan Barakallahulaka. Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa. Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari bani Yasir , Al-Hasan berkata "Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak". Uqail menjawa "Ucapkan sebagaimana rasulullah S.A.W berdoa "Semoga Allah memberi dan menjadikan kamu bahagia" 
Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa'ie. Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak , sebaliknya mengucapkan Barakallahulaka "Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada mereka berdua". Selepas memberanikan diri dan berkata "Apabila kamu bahagia , aku juga bahagia" Seterusnya adakah kita BERANI berkata Barakallahulaka? sekiranya mampu , pasti lebih baik :) Tetapi.... sekiranya tidak sanggup dan hati mampu belum sedia menerima , usah dipaksa. Jangan pula bila mulut berani berkata Barakallahulaka tapi air mata sentiasa menitis.
Oleh itu , buat sahabat-sahabatku. Berusaha untuk menerima kenyataan bahawa dia bukan jodoh kita.. Dia juga bukan milik kita. walaupun ianya kebahagiaan sementara , percayalah. Kebahagiaan itu akan datang jika kamu lebih mensyukuri dan redha segalanya kerana Allah. Berusaha dengan penuh kebesaran jiwa , kematangan diri dan sikap dewasa. Jangan terlampau kebudak-budakkan sampaikan diri sendiri merana :)

Kadangkala benda ni semua kita sendiri tak boleh nak jangka. Jodoh itu milik Allah , malah Jodoh itu juga adalah rahsia Allah. Janganlah kita terlampau sedih dan ada tu sampai menangis bagai nak rak berdoa kerana sudah terlampau yakin dengan kasih sayang yang dicurahkan tapi masih tak ada jodoh. Kenapa begitu pula? Tanya pada diri sendiri , bagaimana pula rasa sayang kamu dengan Allah? kenapa kamu tidak redha jika segalanya Allah yang tentukan... Subhanallah , cubalah untuk berfikir lebih matang. Mungkin silap diri sendiri kerana apa hubungan itu harus dileraikan. Waallahu'alam 
SINGLE? well , Allah is looking at you right now and saying : "I am saving this person for SOMEONE SPECIAL" 



Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.