topbella

07 December 2013

Pendosa tanpa noktah

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk saya menulis pada hari ini. Tajuk ni menggerunkan semua orang bukan? Mengapa saya berkata begitu , kerana setiap manusia tidak lari dari melakukan dosa. Kita melakukan perkara dilarang tanpa disedari mahupun disengajakan kerana Allah ingin meninggikan darjat kita semua menjadi lebih baik dan adakala dosa ini juga akan berterusan dan membuat kita bertambah sesat dan hina.
Wallahu a'lam...

Secara tiba-tiba saya teringat akan dosa-dosa lampau yang telah saya lakukan. Allahurabbi! Allah itu maha berkuasa. DIA memang sengaja mendetikkan hati saya dengan mengingatkan saya dengan dosa-dosa saya sebelum ini. Sehingga sekarang pun orang masih lagi bertanya dan berkata "Macam mana saudari boleh berubah?" "You are different now" Selama 16 tahun saya hidup diatas muka bumi Allah ini , terlampau banyak dan tidak terkira betapa banyaknya dosa yang telah saya lakukan. Saya terlalu leka dengan kesenangan , kemewahan dan kebahagiaan yang saya sangkakan datangnya daripada saya sendiri. Sedangkan semua ini adalah hadiah dan rezeki yang Allah turunkan buat hamba-hambaNya. Dan sejak dari itu saya sedar , saya hanyalah pendosa tanpa noktah. Pengalaman yang telah saya lalui ini juga telah mematangkan diri saya untuk berubah menjadi yang lebih baik. Saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa janganlah Allah cabut nikmat yang telah diberikan ini. Sesungguhnya aku inginkan perubahan seperti ini dan aku juga inginkan ketenangan seperti ini. Sudah tidak tertanggung dosa yang kubawa ini Ya Allah. Masih tidak cukup pahalaku untuk ke syurga-Mu Ya Allah. "Ya Allah , Yang Maha Pemurah lagi Penyayang , Tabahkan hatiku , kuatkan imanku , ampunilah dosaku. Tiada orang memahami seperti Engkau memahami hamba-Mu sendiri. Ya Allah , kuatkan iman kami , ampuni kami , ampunkan dosa kami" :')

Terkadang aku sedar , Allah masih lagi memberi kebahagiaan , kesenangan dan kemewahan kepada hambaNya yang tidak pernah bersyukur? sekali lagi otak aku berfikir dengan ligat. Adakah ini caranya Allah memberikan ujian? Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk hambaMu ini merasa apa itu bahagia walaupun ketika itu aku dalam keadaan yang jahil.. Begitu jahilkah aku sebelum ini sehingga begitu lama hendak Kau membuka pintu hatiku ini :'/ Nauzubillah. Sekarang aku sedar Ya Allah. Terima kasih sekali lagi kerana membuka mataku ini untuk menyedari kesilapan yang lalu. Ya Allah sekali lagi aku telah melakukan dosa secara terang-terangan. Aku telah mencintai hamba-Mu. "Sesungguhnya aku amat mencintai hamba-Mu itu Ya Allah. Jika benar dia adalah jodohku suatu hati nanti. Dekatkanlah hati kami berdua untuk mencintaiMu Ya Allah" Amin ya rabbal alamin....

Aku Pendosa tanpa noktah
aku tak mahu pengakhiran aku 
dipenuhi dengan dosa.
Aku mahukan pengakhiran 
aku dalam keadaan yang baik. 

Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silamnya. Tetapi lihatlah dia pada harini , malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan

Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.