topbella

04 December 2013

Mengapa cinta manusia?

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum 
Alhamdulillah , saya masih mempunyai rezeki untuk menulis pada hari ini. Hari ini saya ingin berkongsi tentang perasaan. Saya yakin setiap manusia pasti menyimpan perasaan terhadap hamba Allah yang lain. Tapi saya kurang pasti , mengapa dan kenapa Allah mewujudkan perasaan cinta terhadap manusia sedangkan manusia masih belum seratus peratus memberikan cintanya kepada Allah. Adakah Allah ingin menguji kekuatan dan keimanan kita? Bagi saya jawapannya ya , kenapa saya berkata begitu? kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mengapa saya memilih tajuk ini? Kerana saya juga pernah mempunyai perasaan yang sedemikian. Saya mencintai seseorang yang masih belum mampu menjaga saya sepenuhnya (nafkah?) "ehh kenapa cakap mcm tu? dia jaga perasaan kau jugak apa, dia sayang kau sepenuh hati dia , dia jaga kau dari rapat dengan lelaki lain , dia setia apa.. apa yang kurang lagi?" dulu saya yakin , itulah cinta yang saya mahu.. Mahu dimanja dan dibelai bagai permata dan emas..Dan jika benar dia mencintaiku dan mengasihiku dia sepatutnya mencintai Allah terlebih dahulu dan mencintaiku kerana Allah dalam diam. setia? yakinkah kamu bahawa pasangan kamu setia terhadap kamu? yakinkah kamu bahawa pasangan kamu mencintai kamu sepenuh hati dan menjaga perasaan kamu? hentikanlah sandiwara dunia ini buat sementara waktu. kerana apa? kerana kamu sendiri tidak dapat menilai dan membaca hati dan fikiran seseorang. mengapa? kerana mulut mampu menipu sedangkan hati tidak :) yakinkah kamu juga mencintai dia sepenuh hati sedangkan cinta kamu kepada Allah dan Rasulullah tidak kelihatan. Buktikan cinta kamu kepada pencipta kamu (iaitu Tuhan yang menjadikan kamu) Setiap apa yang kita cakap adalah suatu doa.. Jika kamu yakin bahawa dia adalah jodoh kamu kelak didunia dan akhirat , berdoa lah . 
"Ya Allah , jika kau kurniakan kepadaku perasaan suka , cinta dan sayang kepada seseorang , kau jatuhkanlah aku kepada orang yang sangat mencintaiMu" 
Saya juga terfikir , mengapa Allah menjatuhkan perasaan ini kepada setiap hambanya. sedangkan kita hamba yang lemah , mampukah kita membawa perasaan ini? Berbekalkan iman dan taqwa aku mengawal perasaan ini. Aku kuat untuk mengawal perasaan buat kali ini. Mulai pada hari ini akanku mengadu kepada Allah yang lebih mengetahui jalan cerita hidup aku pada masa akan datang. 
"Ya Allah , jika benar aku dan dia akan mempunyai ikatan yang sah , kau kuatkanlah hati kami kepadaMu. Dan jika dia bukan untukku , kau hilangkan perasaan yang hadir di dalam hatiku ini. Dan kau berikanlah aku jodoh yang lebih baik.. Aku tahu aku tidak lagi menjadi wanita yang solehah di mataMu..... Tapi aku akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita yang solehah"

Saya sedar , Cinta Allah cinta abadi dan kasih Allah kasih abadi... InshaAllah 



Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.