topbella

17 December 2013

Pintu Rezeki

AL-FATIHAH
Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah membaca amalan ini , anda terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari dan setelah selesai membacanya , anda niatkan seperti dibawah:
"Ya Rabb.. Ya Rabb.. Ya Rabb
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada ibu dan bapaku,
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada diriku,
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada Nabi Muhammad (Rasul ku),
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada kedua-dua kakak dan nenekku,
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada semua (Isteri/suami , anak saudara/saudari kandung)
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada seleuruh umat Islam (Yang hidup mahupun telah mati).
aku hadiahkan khasiat Al-fatihah ini kepada insan yang pernah mendidikku.
Berkatilah hidup mereka semua , dan masukkanlah kami ke syurga-Mu dan kekalkan kami disana , payungilah kami dengan rahmat-Mu kepada kami dari dunia sampai ke syurga , dan kekalkan kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu Ya Allah , aku telah bermohon pada-Mu tuhan alam semesta , makbulkan doaku ini. Jika tidak di dunia Engkau zahirkan , maka makbulkanlah di akhirat nanti , sesungguhnya kau tidak memungkiri janji. 20 Amalan mulia pasti membuka pintu Rezeki kita. In Sha Allah (:

Amalan 1.
Selalu menyempatkan diri beribadah -
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya , Seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi :
"Wahai anak Adam , sempatkanlah untuk menyembah-Ku , maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan , dan Aku tidak menutup kefakiranmu"
Amalan 2.
Memperbanyak Istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seseorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah merasa sayang pada hamba-Nya , lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu. Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Barang siapa memperbanyakkan istighfar , maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya , menyelesaikan segala masalahnya , dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka"
Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa -
Istighfar idak diterima di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah , Malah akan menutup pintu rezeki. Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
".... dan seseorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang perbuatnya"
Antara perbutan dosa yang sehari-hari kita lakukan :
-memandang aurat manusia / mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet menggunakan papan keyboard) / berburuk sangka / memandang rendah keadaan orang lain / merasa diri lebih baik dan utama / buang sampah sebarangan atau keluar dari kenderaan / dan perkara-perkara yang anda fikirkan sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan.
Amalan 4.
Senantiasa ingat kepada Allah -
Banyak mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (iaitu Islam).
"(Iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram"
Antara amalan mengingat Allah yang boleh kita lakukan :
-kerja sambil berzikir dalam hati (Tak mesti gerakkan mulut)
-banyakkan bersyukur setiap 1 jam (Dengan cara anda masing-masing)
-mulakan setiap 1 hal atau aktiviti dengan Bismillah (kalau anda mampu)
-dan apa sahaja perbuatan 'baik' asalkan pikiran anda senantiasa mempunyai 'connection' dengan Allah tanpa terjadinya 'disconnect' dengan Allah.
Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w berpesan, agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya, hendaklah berbakti kepad ibu bapanya dan menyambung tapi kekeluargaan. Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda :
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah memanjangkan umurnya"
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya , nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya"
Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga menggembirakan dan membahagiakan orang tua/orang sakit/anak yatim dan fakir miskin/juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu"
Amalan 7.
Tunaikan atau penuhi kebutuhan (pertolongan) orang lain -
Menunaikan atau memenuhi kebutuhan/keinginan orang, menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri , seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya/sahabatnya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
Amalan 8.
Banyak berselawat -
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai, kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan/kesedihan. Selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki, selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya -
Ibnu Abbas berkata
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati , kemurahan rezeki , kekuatan jasad , dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa , menggelapkan hati , dan melemahkan tubuh , sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya"
Amalan 10.
Beraktiviti sepagi mungkin -
Menurut Nabi Muhammad s.a.w :
Berpagi-pagi (memulai aktiviti harian sebaiknya selesai solat subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Amalan 11.
Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya , maka hendaklah dan menghubungi sanak-saudaranya"
Amalan 12.
membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu -
Seorang arab badui menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mintak dimurahkan rezeki. Nabi Muhammad pun bersabda :
"senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki"
Amalam 13.
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam :
"Hai Zubair , ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy , yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain , nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan , nescaya Allah menyedikitkan baginya"
Amalan 14.
Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajjud) -
Hadis menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki , menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah.
Amalan 15.
Membiasakan solat Dhuha -
Waktu solat Dhuha :
-adalah 28 minit selepas waktu syuruk
-waktu syuruk = waktu terbit matahari
-waktu maksimum Dhuha ketika kurang 15 minit sebelum masuk waktu Zohor.
Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang LUAR BIASA. firman Allah dalam hadis qudsi :
"Wahai anak Adam , Jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (solat dhuha) nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya"
Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah -
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman :
"Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur , nescaya akan aku tambahi nikmat-Ku kepadamu , dan jika kamu kufur , sesungguhnya azab-ku amat keras"
Allah berfirman lagi :
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"
Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah) selain dapat menenangkan hati manusia , malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati , amalan berzikir mengandungi fadilah khusu untuk :
-keluasan ilmu
-terbukanya pintu hidayah
-dimudahkan untuk memahami agama
-diberi kemanisan iman
-dan dilapangkan rezeki.
2 ayat terakhir Surah At-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara rutin 7 kali selepas solat fardhu , dikatakan bisa menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah Al-fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakak pintu rezeki jika dibaca selalu :
Misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang , diiringi doa :
"Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu , bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu , ya Fattah ya Alim" 
Ada juga Hadis menyebut , siapa amalkan baca Surah Al-Waqi'ah setiap malam , dan tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini. Wallahu a'lam.
Amalan 18.
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam Al-Quran , Allah suruh kita meminta kepada-Nya , nescaya Dia akan kabulkan.
Nota :
-tanggungjawab manusia untuk selalu berdoa kepada Allah (jangan berhenti dari amalan ini)
-kehendak Allah untuk memakbulkan apa saja permintaan manusia
-gabungkan formula ini dan berdoa di waktu mustajab (pukul 2-3 tengah malam)
Inilah buktinya... Allah berfirman lagi :
"... dan tuhanmu berfirman , berdoalah kepada-Ku , nescaya akan Ku-perkenankan bagimu..."
Amalan 19.
Berikhtiar setelahnya -
Siapa yang berusaha , dia akan dapat. Ini Sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan tidak dicintai-Nya , tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
Bagi orang islam yang beriman , tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang bisa membawa kepada murah rezeki dalam ruang lingkup yang lebih luas. Misalnya , Agar tenang saat membaca Al-Quran , hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya sejak anak dalam kandungan , hendak sihat maka dijaganya konsumsinya dan memakan makanan yang baik dan halal , hendak dapat tetangga yang baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik , hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu , hendak rezekinya berkat maka dijauhinya dari sumber yang haram dan sebagainya.
Amalan 20.
Bertawakkal -
dengan tawakal , seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah. Firman-Nya :
"Barang siapa bertawakkal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)"
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"seandainya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki , ia pada waktu pagi dari lapar namun petang hari ia telah kenyang"

Alhamdulillah , kesemua 20 amalan mulia yang telah saya tulis diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa , Allah memberi "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya"
Pendek kata , bagi orang Islam untuk murah rezeki dalam artikata yang sebenarnya , kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selamat Beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah , dan mohonlah pada Allah , supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA , bersama-sama kita semuanya kekal disana. Amin

Dari Abdullah bin 'Amr R.A , Rasulullah bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU , BIARPUN SATU AYAT"



Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.