topbella

19 December 2013

Persahabatan

Assalamualaikum kepada semua (: Kenapa dengan tajuk saya hari ini? Saya rasa semua orang pasti tahu apa itu persahabatan dalam erti kata lain (mat salleh) "FRIENDSHIP". Saya tidak tahu mengapa dan kenapa hati saya tergerak untuk menulis tentang persahabatan. Semestinya ada kaitan dengan saya. Sebelum saya memulakan cerita saya , saya pasti semua orang sudah tahu apa itu erti persahabatan? Persahabatan tidak pernah kenal erti jemu. macam ayat orang sedang bercinta pula :3 Dalam bersahabat semestinya sentiasa ada waktu kita susah dan senang bukan? Sanggup bersusah payah dan tidak pernah ada rasa iri hati mahupun cemburu dengan kelebihan sahabat lain malah berbangga dengan kebolehan yang sahabat kita ada. Dan semestinya tidak merendahkan kekurangan sahabat yang lain. Mengapa saya berkata "Sahabat" mengapa bukan kawan? mengapa bukan teman? ketiga-tiganya membawa maksud yang berbeza. Mengapa saya berkata begitu? apa bukti saya kan nak cakap sahabat dengan teman & kawan itu berbeza. mai sini saya terangkan. 
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat , hobi , perasaan , perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari aktiviti yg sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya. Kawan selalu memiliki masa untuk bersama , bergembira , berseronok dan sebagainya. kawan biasanya terjadi apabila seseorang menemui individu yang lain , yang memiliki persamaan seperti hobi , minat , sikap , tabiat dan pemikiran yang sama seperti dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila bersama kawan. Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin boleh terputus begitu sahaja.
Sahabat pula adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam maksud yg lain pulak , sahabat bukan terdiri daripada adik beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang intim seperti hubungan persadaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita. Sahabat adalah seorang yang setiakawan , boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan , meredakan kesedihan , menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan bersama. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita dan mereka sentiasa melindungi kita. Sahabat tidak semestinya mempunyai minat atau pendapat yg sama , tetapi mereka sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama. Sahabat kadangkala adalah penjaga , pelindung dan semangat mereka sentiasa ada bersama kita.
Rakan ialah perantaraan antara kawan dalam kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat , kerjaya , hobi , permainan , matlamat dan sebagainya dalam satu aktiviti. Contohnya ada rakan satu tingkatan , rakan satu sekolah dan rakan satu kelab. Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas , boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan , bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan. Ada juga rakan yang rapat , ada pula rakan yang boleh dianggap sahabat , ada pula rakan yang boleh dianggap kawan dan ada pula yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
  Jelas atau tidak dengan apa yang saya terangkan? Jika faham Alhamdulillah. Harini juga Allah ingin menguji saya dengan kesabaran. Ya Allah terima kasih kerana masih lagi memberi aku kesabaran yang tinggi untuk ujian-Mu ini. Tiada niat untuk membuka aib sesiapa kerana saya sendiri tidak mengetahui identiti sebenar orang yang menanyakan saya soalan tersebut. Hanya sekadar pengetahuan bersama. My ask.fm ( http://ask.fm/r0hanaana ) ada orang bertanyakan saya soalan ini , ada dua bentuk soalan (dan yang pasti daripada orang yang sama) :

Soalan pertama :
"Kau semakin hari semakin pelik la Rohana.Kau nak berubah pun agak-agak la jugak.Jangan buat orang lain rasa janggal nak tegur engkau selepas ini.Allah mengharuskan umatnya untuk berubah,tetapi mengikut tahap.bukannya sampai buatkan ukhwah kau dengan kawan-kawan engkau rosak"
Jawapan saya :
"Assalamualaikum. Alhamdulillah , sye suka dengan perubahan 'pelik' sye ni. sye tahu dan pasti ini salah seorang daripada kawan sye? ye tidak? sye tak mahu menuduh , tapi kalau kau kawan aku sepatutnya kau terima dan sokong perubahan aku. Aku berubah , semua ni kehendak Allah , Allah bukak mata aku untuk berubah. for your information , I'm not such a hypocrite person main ikut suka hati aku je nak berubah. Kau janggal nak tegur aku atau orang lain? Astaghfirullah , aku buat kawan-kawan aku rosak? tanya pada diri kau , perubahan aku ni membawa ke kelab malam ke? minum arak ke? Tak solat langsung ke? Tolong jangan menaburkan fitnah. Aku rasa kau dah cukup kenal aku macam mana , tak perlu nak pertikaikan perubahan org lain Selagi ianya tidak melampaui batas. mengikut tahap untuk berubah? Tahap yg macam mana yg kau cuba maksudkan ni? mungkin jugak aku boleh belajar dari sini"

Soalan kedua :
"Hijrah macam Nabi Muhammad,daripada kurang orang nak masuk Islam,sampai ramai yang hendak masuk Islam.Saya harap anda berubahlah dengan cara yang diberkati oleh Allah dan saya berharap perubahan ke atas diri anda akan menjadi contoh kepada rakan anda dan bukannya menjadi titik hitam"
Jawapan saya :
Saya bukan nabi wahai sahabat , tapi In Sha Allah saya cuba sampaikan apa yang DIA sampaikan selagi saya mampu. Adakah cara saya berubah tidak diberkati Allah? siapakah kamu untuk menilai perubahan saya diberkati ataupun tidak? siapakah kamu untuk menilai? Adakah kamu org kanan ALLAH S.W.T ? Kamu manusia biasa , saya juga manusia biasa yg tidak tahu menilai apa yg saya sendiri lakukan inikan kamu manusia biasa untuk menilai saya? Adakah perubahan saya ini memerangkap sahabat sye yg lain terjerumus ke dalam lembah neraka? Jika ye saya membawa rakan-rakan saya ke lembah neraka jahanam saya boleh terima. Tapi jika dengan perubahan saya adalah TITIK HITAM untuk sahabat-sahabat saya yg lain seperti KAMU ! Tolong jauhkan diri kamu daripada saya , mungkin juga saya ini bukan malaikat dan nabi. dan saya masih x cukup ilmu yg harus dikongsikan. Tapi kalau hendak dibandingkan ilmu dan pemikiran saya dengan awak saya rasa ilmu kamu jauh lebih CETEK dari ilmu dan pemikiran saya. Saya tidak pernah memaksa sahabat-sahabat saya yg lain untuk mencontohi apa yg sye lakukan , sekurg-kurgnya saya masih sedar dan masih ada hati untuk berubah. kalau perubahan saya tidak menyenangkan kamu mahupun sahabat saya yg lain , dengan berat hati saya persilakan. tolong jauhkan diri kamu daripada saya dan yg pasti , saya tak memerlukan sahabat seperti kamu. maafkan saya jika ayat saya membuatkan kamu tak suka dan tidak selesa. semoga Allah memberi kamu hidayah. In Sha Allah , amin (: terima kasih untuk peringatan tersebut. Assalamualaikum wahai hamba Allah.

Jadi ini lah dia yang terjadi. Saya mintak maaf jika jawapan saya tidak menyenangkan hati kamu semua yang membaca. Mungkin juga saya tidak dapat menahan kemarahan saya kerana dia mempersoalkan perubahan saya dan melibatkan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya berubah seolah-olah perubahan saya ini adalah perubahan yang membawa ke lembah neraka. Maaf sekali lagi , saya tidak suka orang yang menaburkan fitnah tentang sahabat-sahabat saya. Jika sesiapa yang menanyakan saya soalan demikian adalah SAHABAT saya sendiri , saya mintak maaf. Kerana awak memang tidak layak untuk digelar sahabat dimata saya mahupun dimata sesiapa. Saya memaafkan awak didunia , tetapi diakhirat belum tentu awak akan lepas. Waallahu A'lam.


Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.