topbella

22 December 2013

Sahabat sendiri? Siapa sangka...


Siapa sangka?
Kita kenal,
kita kawan,
kita bersahabat,
kita berhubung.
Kemudian kita semakin menjarak,
Kita seolah tak kenal
tidak lagi bersahabat
tidak lagi berhubung..
Siapa sangka?
Sahabat,
bertahun kita bersama,
bagaikan semalam baru bersua.
Sahabat,
hidup ini umpama langit,
yang tak selalu cerah.
hidup ini juga umpama awan,
yang tak selalunya putih.
Namun kita jauh di dunia sendiri,
bekalan sendiri,
Impian sendiri.
Kita tetap bersama,
walaupun ruang memisahkan kita.
oh sahabat,
jadilah seperti matahari yang membakar diri demi insan sejagat.
oh sahabat,
jadilah seperti bulan purnama yang menerangi malam yang gelap gelita,
Menunjukkan jalan demi umat semesta.
Kita sekarang seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain.
Mengapa?
Siapa sangka
mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..
Siapa sangka...
Mungkin aku terlupa diri ini sudah dilupakan.
Sahabat,
sudah semestinya anda dengan kehidupan anda sekarang.
Sedangkan saya masih disini,
hanya mampu tersenyum.
Mungkin aku bukan sahabat yang terbaik
ku sering melalaikanmu
ku sering membuatmu merasa tersisih
mungkin selama ini banyak bicaraku yang pedih
aku sering tak memahamimu
aku hanya manusia biasa.
Kerana kekuranganku itu 
aku sering memanjatkan doa
semoga tuhan akan selalu melindungimu
kerana siapapun mereka
mereka adalah sahabatku.
"Dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan"


Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.