topbella

17 January 2014

WAHAI SAHABATKU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat dan rakan seperjuanganku didunia dan akhirat , In Sha Allah. Disini saya ingin menceritakan serba sedikit kisah seorang sahabat yang berada di dalam Syurga dan sahabatnya pula berada di dalam Neraka. Kalian semestinya menginginkan seorang sahabat yang boleh membawa anda ke dalam Syurga. Subhanallah. Siapa yang tidak inginkan sahabat seperti itu? Mari sama-sama kita renungkan. berubahlah , mudah-mudahan dengan secara perlahan-lahan itulah yang paling baik buat kita semua (: Pilihlah  dan berkawanlah dengan sahabat yang boleh membawa kamu ke dalam Syurga. Walaupun sebesar zarah imanmu wahai manusia(sahabatku) , kamu masih berpeluang untuk berada di dalam Syurga. Waallahu A'lam.
Diriwayatkan , bahawa : 
Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: 

"Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Imam Al-Hasan Al-Basri berkata: 
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti." 
Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu."
 Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dan redha-Nya.
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ 
Ya Allah. Aku Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. Oleh itu, carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke syurga dan jalan-jalan kebaikan.
WAHAI SAHABATKU. JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA. Jazakumullah Khairan Kathira.

0 comments:

Post a Comment

Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.