topbella

09 February 2014

Siapapun awak di masa lalu...

Assalamualaikum WBT kepada semua yang sudi singgah dan membaca :) Maaf , lama sangat tak update blog. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir bagi saya untuk digelar pelajar sekolah menengah (SPM) , jadi sedikit busy di sekolah dengan pelbagai aktiviti. First of all saya nak ceritakan tentang seseorang yang ingin berubah tetapi susah untuk dia berubah kerana masih 'wujud' orang yang ada dalam dunia ni yang suka mengimbau sejarah lama seseorang. Subhanaallah. Sejarah lama semestinya adalah sejarah hitam yang ingin sekali dilupakan oleh seseorang yang benar-benar ingin berubah/berhijrah untuk mencari cahaya hidayah daripada Allah SWT. Manusia sekarang suka sangat melihat kejahilan/kejahatan yang pernah dia lakukan dahulu. Pernah tak kita fikir yang dia berusaha untuk berubah? ask yourself , mungkin kamu semua pernah nampak seorang wanita yang mana dulu tidak bertudung dan sekarang bertudung? daripada kaki game berubah menjadi seorang yang sangat rajin solat berjemaah di masjid & mendengar ceramah? Dulu yang sentiasa mencarut sekarang sentiasa berzikir? Mungkin contoh yang saya beri tak sama macam situasi yang kamu semua pernah alami. Tapi manusia sekarang sentiasa mempersoalkan perubahan seseorang... bagaimana? begini... "eleh , dia bajet pakai tudung je tu. Padahal BF dia buat lovebat" "Weh , kau tengok dia bertudung tu dekat sekolah je , dekat luar bukak jugak. Pastu seksi gila" "Dia pakai tudung? wow , what so surprise , gadis club malam jadi ustazah terus" "Dia pakai tudung sebab dia baru potong rambut minggu lepas , serious buruk gila rambut dia sekarang"
Saya sedih kerana masih wujud manusia seperti ini. Sekurang-kurang mereka berusaha untuk mencari keredhaan daripada Allah SWT. Sedangkan kita? Kita hanya duduk dan mencari kesalahan orang lain. Sentiasa mencari salah dan silap yang dilakukan ketika dulu. Look at yourself , how can you blame others if you guys pun tak pernah ada hati untuk berubah , tak pernah berusaha untuk berubah? Yang tahu dan pandai cakap "Hidayah tak sampai lagi" "Belum lagi seru" "macam mana nak berubah kalau tak ikhlas" Subhanaallah. Ikhlas tu akan datang bila kita sentiasa Istiqamah dan lakukan lillahita'ala. Bangunlah wahai sahabat, apa guna Al-Quran yang diturunkan? Jangan tunggu sampai seru Allah untuk mengambil nyawa , baru kalian semua takut dan mahu berubah dan bertaubat. Waktu tu sudah terlambat wahai sahabat.

Saya terima sekiranya orang mahu mempertikaikan perubahan saya. Selagi saya mampu bersabar saya akan terus bersabar. Seperti yang kita dengar , tahap kesabaran manusia ada hadnya. Tetapi siapa saya untuk marah? siapa saya untuk tidak berpuas hati? Cukuplah Allah sahaja yang membalas segalanya. Allah tahu mana yang terbaik untuk saya malah Allah lebih mengetahui segala-galanya. 
Pesana terakhir daripada saya , Support lah kawan-kawan kamu semua yang mana dalam proses untuk berubah. Bukannya lagi menghina dan membuka balik sejarah hitam yang dia cuba untuk lupakan. Ingatlah , orang yang menutup aib manusia Allah akan menutup aibnya didunia dan diakhirat kelak Waallahu A'lam. Mengapa saya berminat dengan tajuk ini? kerana apa... kerana saya bersyukur kerana masih mempunyai sahabat yang masih menyokong dan mendoakan saya daripada belakang , Alhamdulillah. Mari sama-sama kita menonton sedikit filem ringkas daripada Vlogger terkenal Math Luthfi.
Moral of the story is "Don't lose hope, because Allah always be there" Tak semua manusia tak boleh berubah. Malah yang teruk itu apabila berubah jauh lebih baik daripada kita semua. Saya sentiasa pegang dengan kata-kata ni "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

0 comments:

Post a Comment

Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.