topbella

02 December 2013

Fikrah

Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menulis entry pada pagi ini :) mahu mengetahui maksud fikrah yang sebenar? Dengan ini ingin saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang saya dapat sepanjang saya digelar seorang pelajar , bukanlah pelajar Arab mahupun pelajar yang berkedudukan yang tinggi. Tapi InshaAllah , sama-sama la kita perbetulkan kesilapan masing-masing. Fikah disini bermaksud "cara pemikiran atau paradigma seseorang terhadap sesuatu" Masih tidak faham? hehehe tidak mengapa , for the first time , I cant understand what others blog said.. Saya cuba fahamkan dan Alhamdulillah saya dapat. Susah nak faham kan kalau takde contoh? okay begini ceritanya , benda ni kita boleh nampak dalam kehidupan seharian kita sendiri. 

Kita ibaratkan ilmu dan fikrah sebagai gelas yang berisi Air. Air basah , dan gelas pula akan kering jika tidak memasukkan air kedalam gelas , ye tidak? Mengapa air dan gelas menjadi contoh kerana ilmu itu diibaratkan sentiasa kering dan fikrah pula selalu basah. Ilmu selalu kering kerana ilmu diibaratkan kita simpan di otak kita kerana kita sentiasa perlu ulang dan ulang balik apa yang telah dipelajari jika tidak kita akan lupa. Dari kefahaman sye , fikrah itu sudah sebati dengan diri kita semua , dengan kehidupan seharian kita , cara pemikiran kita kerana itu juga dianggap basah. Atau nak lagi faham , Ilmu yang sudah mendapat tempat dihati. 
Ingin saya kongsikan serba sedikit mengapa dan kenapa saya memilih tajuk ini untuk berbicara? ada 2 sebab :-
1) Saya mempunyai kawan yang mempelajari bahasa Arab dan ad juga yg mengetahui serba sedikit maksudnya.. they all always talk to me when sye buntu.. ayatnya sentiasa berbunyi "fikrah Ana fikrah" Sejujurnya , ilmu saya tidaklah tinggi seperti awan.. tetapi Alhamdulillah , selepas saya bertanya baru saya faham. Tak salah mahu bertanya. malu? Malu bertanya sesat jalan la jawabnya.
2) Saya mempunyai sahabat baik yang hanya Allah seorang sahaja tahu betapa kasih dan sayangnya saya terhadap hambaNya itu.. Tidak dinafikan , ini hanyalah nafsu semata. Tapi InshaAllah saya akan cuba mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak elok. ceritanya begini , Alhamdulillah semenjak dua menjak ini seorang hamba Allah yang digelar sahabat saya sebentar tadi mempunyai perubahan yang positive.. Tapi Na'uzubillah apabila rakan-rakannya memperlehkan perubahan positive tersebut. I'm asking you guys , adakah seseorang itu wajar digelar sebagai seorang yang munafik jika niatnya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik? perlu ke seseorang itu menidakkan kebaikan yang telah ditunjukkan? Jadi fikrah wahai sahabatku yang lain , fikrah. Jika saya mempunyai kekuatan memang saya akan perbetulkan apa yg diperkatakan.. Tapi tidak , ilmu saya masih belum cukup tinggi ingin menegur orang lain. Selagi saya mampu saya akan cuba perbaiki kesilapan orang lain dan diri sendiri. InshaAllah :)

kita semua perlu ingat , jika baik fikrah seseorang itu maka baiklah ilmu yang dicorakkan. 

Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.