topbella

01 December 2013

La Tahzan

"Jangan bersedih" Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya . Syukur kepada Ilahi dengan hati yang tenang , tiada kekusutan dan keserabutan di dalam otak buat ketika ini. JUJUR saya katakan , jika saya berada dalam keadaan tidak tenang dan mempunyai masalah walaupun hal kecil saya akan menangis sepuas hati saya. Hinggakan tiada air mata yang mahu menitis dan jatuh ke pipi saya. Betapa sucinya hati wanita dan betapa kuatnya wanita kerana sanggup menahan kesakitan dan hanya mampu menangis untuk melegakan hati sendiri. BENAR , dengan berdoa kita dapat mengurangkan kesakitan yang kita hadapi. Ego itu harus dibuang dan dibakar kerana semakin banyak dugaan dan ujian yang Allah berikan di atas dunia ini. Ujian dan dugaan yang kita semua terima adalah kekuatan untuk kita ubah nasib diri sendiri. Hanya DIA yang mampu mendengar segala rintihan dan hanya DIA lah tempat untuk kita mengadu , bukan pada insan lain (manusia). Saya sedar , sudah banyak ujian dan dugaan yang saya telah terima sepanjang saya hidup didunia ini. Kini baru ku sedar , insan biasa memang tidak boleh menghilangkan kesedihan orang lain. Memberi kekuatan , memberi kata semangat juga tidak mampu membuat hati seseorang itu tenang melainkan kita sendiri berusaha untuk berdoa dan mengubah nasib sendiri. Saya tahu saya tidak sempurna di mata awak , saya juga tidak sempurna di mata orang lain. Tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk semua orang. 


Saya seorang insan yang lemah yang hanya mampu meminta dan meminta. Memang tidak dapat dinafikan kita semua tidak dapat lari dari ditimpa musibah. Namun bagi saya , ada benda didalam diri ini memaksa saya untuk melawan dugaan demi dugaan yang saya terima. Jangan menafikan semua ini , kerana Allah akan meduga kita selagi kita mampu menangani dugaan itu...

"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yg beriman" Surah al-Imran ayat 139


Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.