topbella

07 July 2014

Kecewa...

Assalamualaikum WBT. Syukur ke hadrat Ilhai kerana masih diberi peluang untuk menulis pada pagi yang agak suram ini. Mengapa saya kata suram? berbalik kepada tajuk saya yang tertera di atas , sudah terang lagi bersuluh bahawa kalian semua dapat menggambarkan apa yang saya rasakan :( Kecewa...... ya? yang menjadi persoalannya , mengapa saya kecewa? saya kecewa dengan diri sendiri yang sedikit sebanyak jauh dari pencipta-Nya. Ini bukan kerana tidak melakukan suruhan-Nya , cuma tidak istiqamah dengan apa yang dilakukan seharian. Kadang-kadang hati ini terlalu terpesong dengan perkara negatif yang sentiasa menghasut untuk melakukan kemungkaran. SubhanaAllah. Saya sentiasa berdoa yang terbaik supaya dijauhkan sifat negatif dalam diri. Kecewa dengan pasangan kekasih itu lain , jangan masukkan disini ya.. Mudah-mudahan bulan yang penuh bermakna ini tidak disia-siakan dengan perkara-perkara negatif yang mana boleh merosakkan akidah dan amalan kita. Selamat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna , sama-sama kita kumpul pahala dengan beribadat kepada Allah SWT ! :) 
Jaga hati dengan sebaiknya.... 
Kerana soal hati itulah yang selalu mengganggu akan naik atau turunnya iman seseorang.

0 comments:

Post a Comment

Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.