topbella

19 October 2014

Ingat kau bagus sangat nak nasihat aku!?

"Aduh minah ni , bajet baik nak nasihat aku. Aku rasa kau lagi teruk dari aku , ingat aku tak tahu ke kisah silam kau ha? Diri sendiri pun jalan macam ketam , ada hati nak suruh aku jalan lurus. Sekarang nak berlagak ustazah pulak nak bagi nasihat kat aku. Cermin diri kau tu dulu!"

"SENTAP" sudah menjadi kebiasaan bila ditegur bab agama ni akan terasa. Rasa membara geram nak maki apa semua. Habis disumpah seranahnya kita ni bila ditegur.Mungkin dia merasakan orang yg beri nasihat tu tidak layak untuk menasihati dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun cakap tak serupa bikin.

Ini kerana dalam diri tu wujud perasaan ego dan sombong untuk menerima nasihat daripada orang lain.


“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Dalam Islam , jika kita melihat seseorang melakukan maksiat , wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Kita juga bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam sudah seseorang? dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilpan tersebut dialami oleh insan lain. Tak perlu kot nak tunggu ustaz or ustazah baru kau nak terima nasihat. yang ditegur tu jangan la pulak melenting.. 

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

Apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang yang dapat memberi manfaat mahupun kebaikan kepada kepada kita , ambil dan simpan sebagai panduan hidup. apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya , kita campak jauh-jauh. Walaupun pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut dalam berbuat perkara yang tidak ada faedahnya. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dirisaukan Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Subhanaallah... 

0 comments:

Post a Comment

Hana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.