topbella

21 April 2015

Persediaan ke IPTA / IPTS / UNIVERSITI / KOLEJ / MATRIKULASI (Lepasan SPM/STPM)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu buat pembaca blog ! :D Sudah agak lama saya tidak menulis blog kerana urusan tertentu *cehhh macam buat bisnes je bunyinya kan?* hahaha lucu la kamu semua ni ;3 saya ni pelajar lepasan SPM 2014. Jadi sedikit sibuklah perah otak bersama sahabat-sahabatku yang lain. Bagaimana dengan keputusan saya? Alhamdulillah. Tidaklah teruk dan masih dapat menyambungkan pelajaran (Y) Rezeki Allah tu berada dimana-mana bukan? Alhamdulillah saya telah ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Kedah.

Apa persediaan yang kalian semua dah buat? Imagine....
saya tak pernah duduk jauh dengan parents dan tak pernah ada pengalaman duduk hostel dan duduk sebilik dengan kawan lama-lama.
Saya ni tak pernah ada pengalaman dan sangatlah teruja untuk menyambung pelajaran yang lebih mencabar. Jadinya saya buat research untuk diri sendiri dengan orang yang lebih berpengalaman , kalau yang rajin tu , bolehlah baca blog-blog akak abang yang dah sambung belajaq ni. Tersangatlah menarik. Here.. ada sedikit tips persediaan untuk ke universiti berdasarkan apa yang saya baca dan persediaan saya sendiri
Dokumen - Segala dokumen penting mesti diselesaikan secepat yang mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta ataupun kerajaan. Dokumen lain seperti salinan kad pengenalan , sijil-sijil , gambar dan borang-borang yang perlu disediakan dan diletakkan dalam fail. Nanti takdak la kita ni duk kalut tercari-cari masa dekat meja pendaftaran

List barang diri sendiri :
- dompet (kad pengenalan , ATM , lesen , gambaq family :*)
- handphone + earphone + pendrive + charger
- baju lengan pendek + lengan panjang
- Seluar jeans + slack + sukan + pajama
- kain 
- kasut jalan + kasut kuliah + kasut sukan + selipar + sandals
- tudung bawal + shawal + tudung sarung
- anak tudung + inner neck 
- pakaian dalam 
- keronsang + jarum peniti
- Stokin kuliah + stokin jalan
- Inner kain + inner baju (hitam putih , nak warna warni pun bawak jerrrr)
- sweater + cardigan
- handsock
- bedak + lip bam + lipstik + eye liner + eye shadow + losyen + minyak wangi
- cekak + sepit rambut + getah rambut + sikat rambut
- jubah + baju kurung + blouse
- beg jalan + beg kuliah
- jam tangan + jam loceng (masa itu emas , jam tangan bawa yang murah saja)
- tabung (penting , gst dah ada... kena pandai menabung okay? ) :p
- tali pinggang
- cermin mata + bekas cermin mata

List barang bilik air :
- pad (pakailah jenama kotex , hihi)
- sabun + sabun basuh baju (softlan)
- baldi + gayung
- berus + berus badan
- berus gigi + ubat gigi
- shampoo
- towel
- kain batik
- pencuci muka 
- shaver
- deodorant

List barang tidur :
- bantal
- cadar tilan + cadar bantal + selimut + stokin
- patung + teddy bear + bantal busuk + bantal peluk and "whatever" :p
- * minyak wangi almari + minyak wangi meja
- baju tidur + baju kelawar + pajama

List barang belajar :
- buku nota
- testpad (beli banyak-banyak)
- pensil + pen + highlighter + gunting +  pembaris + pemadam + liquid paper + gam + 
  stapler +      seletip 
- pembalut meja/pembalut hadiah (X5 or extra)
- paku tekan
- kalkulator (bawa dua)
- kamus dwibahasa

List barang solat :
- Telekung 
- Sejadah
- Al- quran
- Al- mathsurat
- Yassin

List barang tambahan :
- minyak wangi almari + minyak wangi meja 
- tisu kotak + tisu tangan
- cotton bite + pencungkil gigi
- mug 
- sudu + garfu + pinggan + tupperware + botol air
- hanger + penyepit baju + iron 
- makanan ( maggie , gula-gula dan sebagainya.....)
- minyak + ubat-ubatan (panadol *penting*)
- pengetip kuku
- heater
- kain buruk (kena kemas-kemas)
- tikar getah / tikar plastik

Haaaaaaa.... saya ada jumpa tips bila korang semua dah masuk alam matrikulasi yang katanya agak berat dan susah sedikit berbanding kawan-kawan korang yang sambung belajaq bahagian diploma ni. Ini persediaan awal saya je , mana tahu terleka. 

Tips masuk matrikulasi : 
- JANGAN ponteng kelas/kuliah
- STUDY before pi kelas ( pergi jumpa lecturer)
- STUDY lepas kelas
- FOKUS (bawa air masak bersama )
- TANYA LECTURER kalau korang tak faham ( aku sentiasa buat zaman SPM dulu :3 )
- BUAT TUTORIAL (kelas latihan dengan lecturer korang ker , rakan sekuliah korang ker)
- BUAT LAWATAN UNIT (yang ni aku tak faham XD )

Berdebar dan tidak sabar rasanya hendak hidup berdikari bersama rakan baruku nanti. Hopefully dapat perangai yang gila-gila macam aku laaaa :3 belajar tu belajar la jugak , iman kita kena kuat. Pergi sana untuk belajar ye? bukan untuk memadu kasih. Solat lima waktu tepat pada waktu *cakap dekat diri sendiri* dan jangan pernah tinggal solat. Pilih kawan yang boleh buat korang berjaya dan sentiasa ingat dengan Allah dan tanggungjawab dengan keluarga. Buat rakan-rakanku yang lain , semoga berjaya mencapai cita-cita dan mempunyai masa depan yang cerah. Ingat! SPM bukan penentu segalanya tetapi semuanya bermula daripada SPM. Rezeki berada dimana-mana. Jangan pernah berhenti berdoa dan sentiasa berusaha , jangan pernah menyerah kalah!  

4 comments:

Mawaddah Razali said...

ok kita sama. bakal ke matriks kedah jugak :)

Anonymous said...

Sy dpt kms for batch 2015/2016 nak tanya.. Byk gila kot barang nak bawak. Agak agak awak bwk berapa beg? Haha laptop bawak tak?

Amril Nurman said...

tq

Rohana Fouzy said...

@mawaddah Razali wahhh... nampaknya kita jumpa disana la ye ^^

Post a Comment

Ana's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
I believe the planning of Allah is better for me than my own.