Apa persediaan yang kalian semua dah buat? Imagine....
saya tak pernah duduk jauh dengan parents dan tak pernah ada pengalaman duduk hostel dan duduk sebilik dengan kawan lama-lama.
Saya ni tak pernah ada pengalaman dan sangatlah teruja untuk menyambung pelajaran yang lebih mencabar. Jadinya saya buat research untuk diri sendiri dengan orang yang lebih berpengalaman , kalau yang rajin tu , bolehlah baca blog-blog akak abang yang dah sambung belajaq ni. Tersangatlah menarik. Here.. ada sedikit tips persediaan untuk ke universiti berdasarkan apa yang saya baca dan persediaan saya sendiri
Dokumen - Segala dokumen penting mesti diselesaikan secepat yang mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta ataupun kerajaan. Dokumen lain seperti salinan kad pengenalan , sijil-sijil , gambar dan borang-borang yang perlu disediakan dan diletakkan dalam fail. Nanti takdak la kita ni duk kalut tercari-cari masa dekat meja pendaftaran
List barang diri sendiri :
- dompet (kad pengenalan , ATM , lesen , gambaq family :*)
- handphone + earphone + pendrive + charger
- baju lengan pendek + lengan panjang
- Seluar jeans + slack + sukan + pajama
- kain
- kasut jalan + kasut kuliah + kasut sukan + selipar + sandals
- tudung bawal + shawal + tudung sarung
- anak tudung + inner neck
- pakaian dalam
- keronsang + jarum peniti
- Stokin kuliah + stokin jalan
- Inner kain + inner baju (hitam putih , nak warna warni pun bawak jerrrr)
- sweater + cardigan
- handsock
- bedak + lip bam + lipstik + eye liner + eye shadow + losyen + minyak wangi
- cekak + sepit rambut + getah rambut + sikat rambut
- jubah + baju kurung + blouse
- beg jalan + beg kuliah
- jam tangan + jam loceng (masa itu emas , jam tangan bawa yang murah saja)
- tabung (penting , gst dah ada... kena pandai menabung okay? ) :p
- tali pinggang
- cermin mata + bekas cermin mata
List barang bilik air :
- pad (pakailah jenama kotex , hihi)
- sabun + sabun basuh baju (softlan)
- baldi + gayung
- berus + berus badan
- berus gigi + ubat gigi
- shampoo
- towel
- kain batik
- pencuci muka
- shaver
- deodorant
List barang tidur :
- bantal
- cadar tilan + cadar bantal + selimut + stokin
- patung + teddy bear + bantal busuk + bantal peluk and "whatever" :p
- * minyak wangi almari + minyak wangi meja
- baju tidur + baju kelawar + pajama
List barang belajar :
- buku nota
- testpad (beli banyak-banyak)
- pensil + pen + highlighter + gunting + pembaris + pemadam + liquid paper + gam +
stapler + seletip
- pembalut meja/pembalut hadiah (X5 or extra)
- paku tekan
- kalkulator (bawa dua)
- kamus dwibahasa
List barang solat :
- Telekung
- Sejadah
- Al- quran
- Al- mathsurat
- Yassin
List barang tambahan :
- minyak wangi almari + minyak wangi meja
- tisu kotak + tisu tangan
- cotton bite + pencungkil gigi
- mug
- sudu + garfu + pinggan + tupperware + botol air
- hanger + penyepit baju + iron
- makanan ( maggie , gula-gula dan sebagainya.....)
- minyak + ubat-ubatan (panadol *penting*)
- pengetip kuku
- heater
- kain buruk (kena kemas-kemas)
- tikar getah / tikar plastik
Haaaaaaa.... saya ada jumpa tips bila korang semua dah masuk alam matrikulasi yang katanya agak berat dan susah sedikit berbanding kawan-kawan korang yang sambung belajaq bahagian diploma ni. Ini persediaan awal saya je , mana tahu terleka.
Tips masuk matrikulasi :
- JANGAN ponteng kelas/kuliah
- STUDY before pi kelas ( pergi jumpa lecturer)
- STUDY lepas kelas
- FOKUS (bawa air masak bersama )
- TANYA LECTURER kalau korang tak faham ( aku sentiasa buat zaman SPM dulu :3 )
- BUAT TUTORIAL (kelas latihan dengan lecturer korang ker , rakan sekuliah korang ker)
- BUAT LAWATAN UNIT (yang ni aku tak faham XD )
Berdebar dan tidak sabar rasanya hendak hidup berdikari bersama rakan baruku nanti. Hopefully dapat perangai yang gila-gila macam aku laaaa :3 belajar tu belajar la jugak , iman kita kena kuat. Pergi sana untuk belajar ye? bukan untuk memadu kasih. Solat lima waktu tepat pada waktu *cakap dekat diri sendiri* dan jangan pernah tinggal solat. Pilih kawan yang boleh buat korang berjaya dan sentiasa ingat dengan Allah dan tanggungjawab dengan keluarga. Buat rakan-rakanku yang lain , semoga berjaya mencapai cita-cita dan mempunyai masa depan yang cerah. Ingat! SPM bukan penentu segalanya tetapi semuanya bermula daripada SPM. Rezeki berada dimana-mana. Jangan pernah berhenti berdoa dan sentiasa berusaha , jangan pernah menyerah kalah!
4 comments:
ok kita sama. bakal ke matriks kedah jugak :)
Sy dpt kms for batch 2015/2016 nak tanya.. Byk gila kot barang nak bawak. Agak agak awak bwk berapa beg? Haha laptop bawak tak?
tq
@mawaddah Razali wahhh... nampaknya kita jumpa disana la ye ^^
Post a Comment